DAERAH KINTA
Kinta merupakan salah satu daerah dalam negeri Perak dan merupakan kawasan yang paling
padat di Perak. Majoriti penduduk Kinta menetap di bahagian utara, iaitu
kawasan sekitar ibu negeri Perak, Ipoh.
Kecemerlangan
daerah ini bermula dengan penemuan bijih timah pada awal abad ke-19.
Ini menarik ramai kaum Cina untuk berhijrah ke Tanah Melayu terutama sekali di Larut dan kemudiannya Lembah Kinta.
Penglibatan dalam industri bijih telah menjadi batu loncatan Perak untuk
menjadi tumpuan ramai sehingga menjadi negeri paling ramai penduduk pada awal abad ke-20.
Namun, disebabkan pembangunan pesat di negeri jiran seperti Selangor dan Pulau Pinang,
ramai rakyat Perak berhijrah.
PENTADBIRAN
Daerah Kinta merupakan salah sebuah daerah yang terdapat dalam negeri Perak
MUKIM
- Mukim Belanja
- Mukim Hulu Kinta
- Mukim Sungai Raya
- Mukim Sungai Terap
- Mukim Tanjong Tualang
- Bandar Batu Gajah
- Bandar Chemor
- Bandar Ipoh (U)
- Bandar Ipoh (S)
- Bandar Jelapang
- Bandar Lahat
- Bandar Menglembu
- Bandar Papan
- Bandar Pusing
- Bandar Seputeh
- Bandar Sungai Raya
- Bandar Tambun
- Bandar Tanjong Rambutan
- Bandar Teronoh
Sejarah Lembah Kinta
Lembah Kinta dan Lembah Kelang merupakan kawasan yang sangat penting di Malaysia .
Lembah Kinta terletak di tengah negeri Perak, disaliri oleh Sungai Kinta . Sungai Kinta mengalir dari Gunung Korbu di Ulu Kinta, Tanjung Rambutan hingga ke Kampung Gajah di selatan. Sungai Kinta bertemu dengan Sungai Perak berhampiran dengan Pulau Inderasakti.
Pulau Inderasakti terletak di dalam Sungai Perak dan pernah menjadi kediaman Sultan Perak pada peringkat awal sejarahnya. 1985, ketika pertabalan Sultan Azlan Shah, baginda singgah menziarahi makam sultan Perak di sini.
Gambar Perlombongan bijih timah
Definisi Unggas
Unggas jika kita rujuk kepada Pusat Rujukan Dewan Bahasa Dan Pustaka terlalu banyak
definisi unggas - Unggas DBP ( Sila Klik )
definisi unggas - Unggas DBP ( Sila Klik )