Isnin, 9 November 2015

Kandang Penternakan PPUK


Ayam British ( 1933 )



Secara purata ahli-ahli PPUK menternak unggas secara berkurung ( pagar/jaring ) dengan keluasan yang terbatas. Oleh itu mereka di nasihat untuk membuat langkah langkah penjagaan dan kebersihan di kawasan dalam kandang secara berkala yang tetap. 
Walau penternakan ayam kampung asli PPUK tidak mengamalkan apa juga suntikan atau lain perubatan moden, tetapi tempat tinggal mereka perlu dijaga kebersihan dengan semburan EM dan sekeliling kandang di tabur dengan kapur dan garam bagi meneutrialkan tanah dan membasmi hama, kuman dari terus membiak.


Ternakan secara berkurung Ahli PPUK
1

2


4

Pengunaan tanah pasir juga untuk di tambak di dalam kandang ternakan kerana setiap kali hujan semua najis akan mendap ke bawah pasir dan air hujan akan secara semulajadi akan membersihkan permukaan tanah pasir.


Menambak Pasir ke dalam Kandang ternakan








Pengunaan EM -Effective Microorganism (secara semburan )




EM - untuk penternakan 

•■ Mengurangkan bau busuk dalam kandang ternakan dan kolam kumbahan 
•■ Mengurangkan lalat, kutu dan serangga lain yang merbahaya 
•■ Meningkatkan kesihatan haiwan ternakan 
•■ Mengurangkan tekanan pada haiwan 
•■ Meningkatkan ketahanan kepada penyakit 
•■ Meningkatkan kualiti produk ternakan 
•■ Memanjangkan hayat di pasaran 
•■ Memperbaiki kesuburan 
•■ EM apabila dijadikan makanan haiwan akan menghasilkan najis yang berkualiti 
•■ Mengurangkan penggunaan ubatan, antibiotik dan penyah kuman dalam ladang ternakan •■ Mengurangkan stress/tekanan kepada haiwan ternakan, pekerja dan penduduk sekitar 

Apa Maksud EM?
Effective Microorgaism ( Sila Klik di sini )

PEPATAH MELAYU
"Alah Bisa, Tegal Biasa "

Pemakanan Ayam Kampung Asli ( PPUK )





Lebih kurang 80% ahli-ahli PPUK menternak Ayam Kampung Asli, di sini kami ingin menegaskan pemakanan ternakan ayam kampung Asli PPUK tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber dedak sahaja. Sebagai man yang kita maklum harga dedak di pasaran sekarang agak mahal. 

Rata-rata penternak ayam kampung Asli PPUK yang bersaiz kecil dan menternak boleh di anggap sebagai satu perkara kerana minat atau baru cuba menternak sebagai salah satu sumber untuk menjana pendapatan sampingan. Oleh itu sudah pasti pemberian dedak bukanlah satu keutamaan untuk ternakan mereka, 
di tambah pula pelbagai sumber percuma atau kos yang minimum jika menternak di kawasan kampung-kampung.


Masyarakat melayu menternak secara lepas bebas an mencari makan sendiri cuma di pagi dan di petang hari sahaja mereka akan memberi ayam mereka beras atau gandung.


(Lihat gambar yang di lampirkan )



( cara penternakan tradisional melayu dahulu )

( gambar Hiasan )

Walau pun cara penternakan Kormesial PPUK adalah secara ternakan berkurung (jaring/pagar), ternakan kami tetap juga mengekalkan tradisi lama untuk kualiti daging dan khasiatnya ayam kampung asli PPUK.


( Lihat Gambar beberapa lokasi ladang ternakkan Ahli PPUK ). 

Daunan & sayuran

Sagu

Kelapa

Beras dan gandum


Sambungan Akan datang- Kandang Ayam Berkurung /Resiko/cara pencegahan



PEPATAH MELAYU

" Aur Ditanam Betung Tumbuh "

KURSUS PENTERNAKAN AYAM KAMPUNG TAHAP 1 ( 06/08/2015 )



Lokasi         : Jabatan Vaterinar Daerah Manjung
                     ( Pusat Latihan Pertanian Lekir )
Tarikh         : 6/8/2015
Bil. Ahli       : 10 Orang  

Pihak JVD Kampar telah memberi ruang sebanyak 10 orang ahli PPUK untuk menyertai Krusus Penternakan Ayam Kampung Tahap 1 di JVD Manjung. Semua ahli yang hadir pada hari itu telah menerima Sijil Penyertaan Krusus.

Pihak PPUK amat berterima kasih kepada JVD Kampar dan Manjung kerana telah memberi ruang untuk ahli-ahli menambah ilmu penternakan secara percuma. Pada ahli-ahli yang hadir,kami mengucapkan terima kasih.

Pusat Latihan Pertanian Lekir ( Lokasi Klik sini )



 Sesi pendaftaran




Suasana semasa Krusus 



Penyampaian Sijil Penyertaan





PERPATAH MELAYU

"Berpahit-pahit Dahulu supaya Manis Kemudian "