Jumaat, 23 Oktober 2015

Daerah Kinta & Definisi Unggas



DAERAH KINTA

Kinta merupakan salah satu daerah dalam negeri Perak dan merupakan kawasan yang paling padat di Perak. Majoriti penduduk Kinta menetap di bahagian utara, iaitu kawasan sekitar ibu negeri Perak, Ipoh.
Kecemerlangan daerah ini bermula dengan penemuan bijih timah pada awal abad ke-19. Ini menarik ramai kaum Cina untuk berhijrah ke Tanah Melayu terutama sekali di Larut dan kemudiannya Lembah Kinta. Penglibatan dalam industri bijih telah menjadi batu loncatan Perak untuk menjadi tumpuan ramai sehingga menjadi negeri paling ramai penduduk pada awal abad ke-20. Namun, disebabkan pembangunan pesat di negeri jiran seperti Selangor dan Pulau Pinang, ramai rakyat Perak berhijrah.

PENTADBIRAN
Daerah Kinta merupakan salah sebuah daerah yang terdapat dalam negeri Perak

MUKIM

  1. Mukim Belanja
  2. Mukim Hulu Kinta
  3. Mukim Sungai Raya
  4. Mukim Sungai Terap
  5. Mukim Tanjong Tualang
  6. Bandar Batu Gajah
  7. Bandar Chemor
  8. Bandar Ipoh (U)
  9. Bandar Ipoh (S)
  10. Bandar Jelapang
  11. Bandar Lahat
  12. Bandar Menglembu
  13. Bandar Papan
  14. Bandar Pusing
  15. Bandar Seputeh
  16. Bandar Sungai Raya
  17. Bandar Tambun
  18. Bandar Tanjong Rambutan
  19. Bandar Teronoh

Sejarah Lembah Kinta

Lembah Kinta dan Lembah Kelang merupakan kawasan yang sangat penting di Malaysia .
Lembah Kinta terletak di tengah negeri Perak, disaliri oleh Sungai Kinta . Sungai Kinta mengalir dari Gunung Korbu di Ulu Kinta, Tanjung Rambutan hingga ke Kampung Gajah di selatan. Sungai Kinta bertemu dengan Sungai Perak berhampiran dengan Pulau Inderasakti.
Pulau Inderasakti terletak di dalam Sungai Perak dan pernah menjadi kediaman Sultan Perak pada peringkat awal sejarahnya. 1985, ketika pertabalan Sultan Azlan Shah, baginda singgah menziarahi makam sultan Perak di sini.


Gambar Kampung-kampung Melayu 


Gambar Perlombongan bijih timah





Definisi Unggas


Unggas jika kita rujuk kepada Pusat Rujukan Dewan Bahasa Dan Pustaka terlalu banyak 
definisi unggas - Unggas DBP ( Sila Klik )



Defisi Unggas pada PPUK adalah :-

" Haiwan yang bersayap, berkaki dua, berparuh dan berbulu yang mencakupi semua jenis burung, boleh di pelihara dan di ternak untuk daging dan telurnya."


Pepatah Melayu
"Biar putih tulang jangan putih mata"

sumber rujukan : wikipedia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.