Jumaat, 23 Oktober 2015

Objektif Penubuhan PPUK



PERSATUAN PENTERNAK
UNGGAS KINTA


Objektif Penubuhan:


  •  Bergerak secara berkumpulan dan dengan 1 suara.
  •  Mengumpul & bertukar-tukar pengalaman menternak Unggas.
  •  Mengurangkan Pengaruh Orang Tengah ( Kawalan Harga ).
  •  Menjalinkan aktiviti dengan Agensi-agensi Kerajaan ( Krusus & Bantuan ).
  •  Memasar Ternakan Terus ke Pasaran
  •  Membina & Membuka rangkaian perniagaan Bumiputera berasaskan Produk Daging dan telur Unggas.
  •  Mengalakkan dan akan membimbing kepada Penternak dan Usahawan dari golongan muda 


Gambar Semasa Mesyuarat pertama PPUK


SEJARAH RINGKAS PENUBUHAN
PERSATUAN PENTERNAK UNGGAS KINTA


Sebenarnya melalui minat atau hobi menternak ayam kampung asli di kalangan sekumpulan penternak hingga tertubuhnya Persatuan ini. Bila kita di dalam 1 komuniti pelbagai pengalaman, ilmu dan pengetahuan boleh di kongsi dan di pelajari sesama kita. 

Persatuan di tubuhkan pada 04/05/2015 di bandar Gopeng dan ahli pada mula di tubuhkan hanya dalam lingkungan 8-10 orang sahaja. Dalam masa lebih kurang 4-5 bulan iaitu hingga kita ahli PPUK sudah hampir mencecah 40 orang. Apa yang paling menarik ahli-ahli terdiri dari pelbagai kawasan contohnya Gopeng, Kampar, Malim Nawar, Kota Baharu, Batu Gajah, Tanjung Tualang, Ipoh, Manjung, Manong dan lain-lagi kawasan di sekitar Negeri Perak.

Segala carta organisasi, aktiviti, jenis-jenis unggas yang di ternak, senarai nama ahli dan lokasi mereka dan lain-lain tentang PPUK sila lihat di halaman lain.
 ( "page-page blog akan di updatekan dari masa ke semasa).

Jika ada pertanyaan untuk tentang pembelian produk, kemasukan ahli dan alain-lain pertanyaan sila email kepada kami :  ppukperak@gmail.com




Ternak secara komersial



Kami mengalakkan ahli untuk menternak secara komersial, seperti kita tahu dan lihat dari dahulu masyarakat melayu di kampung membela ternakan hanya untuk makan sendiri dan lebih di jual.



Menternak secara komersial:-

1. Penetasan telur mengunakan inkubator dengan cara ini si ibu ternakan akan cepat bertelur kembali.
- jika di biar kan ibu mengeram dan menjaga anak akan memakan masa yang terlalu lama

2. Sistem kandang berlampu untuk anak ayam dari umur sehari hingga 2 atau 3 minggu.
-  Cara begini amat terbaik untuk pembesaran dan keselamatan anak Uggas dari pelbagai  
   ancaman binatang dan lain-lain lagi.
-  Pembesaran benih ternak berperingkat-peringkat ( 7 hari untuk 1 kumpulan anak ternakan).
-  Pembesar mengikut peringkat memudahkan penternak menjual hasil mereka.

3. Sebenarnya datuk nenek kita sudah pandai menjaja hasil mereka sendiri di pasar, bukankah pelik kita  yang mengaku lebih moden dan berilmu dari mereka takut untuk memasarkan hasil kita sendiri. Kami( PPUK ) mengalakkan mereka memasarkan sendiri hasil mereka. Tentang pasaran produk 90% mereka memasarkan produk mereka sendiri melalui pertukaran pengetahuan lokasi jualan antara ahli.
Bagi mengekalkan kawalan harga tidak merosot, pada masa yang akan datang PPUK akan mencari  
lokasi pemasaran dan melantik agensi yang memasarkan produk hasil ahli PPUK. 



Peniaga Melayu dari dahulu pandai berniaga dan berdagang di serata Nusantara.

Pepatah Melayu 

"Seribu langkah bermula dengan langkah pertama "



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.