Jumaat, 1 April 2016

Kursus In-Situ Pengurusan Ayam kampung ( Bgh 2 )


 Bahagian ke 2 Kursus In-Situ Ayam Kampung adalah sebahagian gambar-gambar semasa 
di hari Kursus I-SPAK 2016 berlangsung di Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Itik.


SESI KURSUS DI LANGSUNGKAN





Kursus I-SPAK 2016 yang di sertai pelbagai usia dan masyarat tetapi pasti kursus kali ini adalah yang pertama kali di anjurkan di sekitar Gopeng.


 Kursus I-SPAK 2016 mendapat sambutan sungguh mengalakkan, pencarian peserta kursus pihak PPUK  cuma mengambil masa selama 4 hari untuk memenuhi kuota 80 orang yang diberikan pihak JPV Negeri Perak. Jika di nilai sambutan ini sudag semestinya sektor penternakan ayam kampung mempunyai harapan cerah untuk di pertingkat dari masa ke semasa.


 En. Azhar Abdul Malik iaitu Pen. Pegawai JPV Kinta dan juga merangkap Pengurus Projek PPUK. Kursus kali ini adalah di bawah seliaan, arahan, dan idea beliau sendiri, kami mewakili ahli-ahli PPUK dan juga penternak Kinta amat berasa bangga mempunyai seorang Pegawai JPV yang sentiasa selalu turun padang di sekitar kawasan kami.




SESI PENYAMPAIAN SIJIL PENYERTAAN KURSUS I-SPAK 2016



 Pn Noraini ( Setiausaha 2 PPUK )

 En Shamsuddin ( Tim. Pengerusi PPUK )



Terima Kasih kepada semua yang terlibat untuk menjayakan Kursus I-STAK 2016, 


PEPATAH MELAYU
" Condong akan menongkat, rebah akan menegak "