Setelah melawat 2 kandang penternakan ahli-ahli PPUK sekitar Gopeng,
Pengarah Jabatan Vaterinar Negeri Perak telah di bawa untuk melawat ke tempat Memproses Ayam PPUK iaitu di tempat yang sama. Tempat memproses ayam ini di miliki oleh EN Rizal, di samping tempat memproses ayam, tempat itu juga mempunyai kandang ayam kampung asli, kolam ikan keli serta kambing.
Melawat ke tempat Memproses Ayam
Kolam Ikan Keli & Kandang Ayam Kampung Asli
En. Rizal Memberi Penerangan
Kemudahan-kemudahan yang sedia ada di tempat En. Rizal.
Pada hari Sabtu yang bertarikh 12/12/2015 Persatuan Penternak Unggas Kinta menerima lawatan
Jabatan Vaterinar Daerah Kampar dan Negeri yang di ketuai oleh Pengarah Dr Noralizan Mohd Noor
dan En Azhar ke ladang-ladang ternakan Ahli PPUK sekitar Gopeng.
Kami dari pihak Persatuan amat berbangga dan berbesar hati menerima kunjungan tersebut, ini menandakan setiap usaha persatuan PPUK mendapat perhatian dari pihak Jabatan Vaterinar Negeri.
Aturcara Lawatan:-
12.00-0100 Petang :
Jamuan Makan di Teratak Omak Yang di miliki oleh En. Suffian.
0100-0130 Petang :
Lawatan ke ladang ternakan En Sufian.
0200-0300 Petang :
Lawatan ke Ladang ternakan Perintis PPUK yang di miliki oleh En. Zulhamizan.
0300 -0400 Petang :
Lawatan ke Pusat proses ayam yang di miliki oleh En. Faizal
( Kesemua Lawatan tersebut di sekitar Gopeng Sahaja ).
Jamuan Makan
En. Azhar ( Kiri ) dan Dr Noralizan ( Kanan )
Taklimat & Perbincangan Ringkas tentang PPUK
Melawat Kandang Ternakkan En Sufian.
( Sedang dalam Pembinaan untuk pembesaran Kandang )
PEPATAH MELAYTU:-
"Kayu Besar di Tengah Padang, Tempat Bernaung Kepanasan, Tempat Berlindung Kehujanan"
Menternak secara bersistem bermula dari telur hingga kepada anak unggas berumur 3 minggu amat penting untuk penternak yang kekurangan baka dan juga kekurangan ruang tanah penternakan.
Oleh itu PPUK cuba mengalakkan dan perkenalankan penternakan secara kormesial kepada ahli-ahli PPUK yang baru menyertai atau baru hendak bermula dalam bidang penternakan.
Tempat Bertelur
Penyediaan tempat bertelur yang selesa untuk ibu ayam bertelur. Cara begini akan memudahkan penternak mengutip hasil telur setiap hari atau mingguan dan di masukkan kedalam inkubator. Keselamatan telur dari segala binatang juga senang di pantau dan di atasi ( mengunakan jaring menutupi tempat ayam bertelur )
1 bahagian ruang bertelur di tutupi jaring hanya 1 pintu khas buat ibu ayam yang boleh keluar masuk.
( Mengatasi monyet dan lain-lain haiwan dari mencuri telur ayam )
Penetasan Mengunakan Mesin Penetas
Di sini PPUK mengakui pihak kami kekurangan benih Unggas untuk di edarkan kepada setiap ahli kami, dan lebih malang kebanyakkan penternak di dalam PPUK ramai yang tidak mempunyai Inkubator telur ini.
( Box Brooder Lamp )
Sistem Kandang/ Peti berlampu untuk anak ayam
yang berusia 1-3 minggu
Kenapa hendak berlampu? jawapannya sangat mudah. Kita dari awal tadi mengutip telur dari tempat ibu ayam bertelur. Anak unggas(ayam) memerlukan kepanasan agar tidak mati kesejukan di siang atau di malam hari. Lampu bersuhu 35'C adalah sebagai penganti kepada si ibu unggas tadi.
Sementara si ibu ayam akan kembali bertelur dalam jangka masa 2-3 minggu.
( Masa untuk mengeram 26 hari, membela anak hingga usia sebulan dapat kita jimatkan )
Penternak di galakkan membina Brooder anak unggas di satu kawasan dengan inkubator. Jika semua ini di dalam 1 kawasan senang di uruskan kerana pelbagai peringkat usia dan bilangan anak unggas di pisahkan dan di pindahkan ke brooder sebelahan.
Contoh peti Brooder :-
( Bina brooder mengikut usia yang berkapasiti 50 ekor )
Brooder A : 1- 7 hari - 50 ekor
Brooder B : 7- 14 hari - 50 ekor ( Ruang besarkan sedikit dari Brooder A )
Kandang C : 14-21 hari - 50 ekor ( Ruang di besarkan lagi dari Brooder B )
( Jika berkemampuan, ruang besar boleh bina brooder hingga berkapasiti 1000 ekor )
Selepas 21 hari anak ayam boleh di pindahkan ke kandang utama, namun kami mengalak agar di juga diberi 1 ruang untuk anak-anak ayam pelbagai peringkat di kandang utama ( pisahkan dengan pembaka ). Tujuannya dibuat begitu bagi mudah untuk kita memberi makanan(pembesaran sekata ), keselamatan untuk anak ayam dan paling penting memudahkan kerja kita untuk memberi vaksin atau apa-apa kaitan tentang kesihatan anak ayam kita.
Nota:-
Jika kita buat cara ini selepas 6 bulan kita akan menuai hasil sebanyak 50 ekor x $20.00 =$1000.00 seminggu, Sebulan pendapat kasar kita $ 4000.00. Ini jika kita hanya menternak sebanyak 50 ekor sahaja jika 1000 ekor seminggu hasilnya sudah pasti berlipat kali ganda.
contoh anak ayam selepas 21 hari dan baru di masukkan kekandang utama ( tingkat atas )
Penjualan Benih anak ayam kampung asli
Buat masa ini penjualan benih dan telur anak ayam kampung asli hanya antara sesama ahli lagi. Stok bekalan anak ayam kampung terlalu kurang untuk di jual kepada orang luar atau pemasar-pemasar luar.
Pemasaran Ternakan Ayam Kampung Asli
Permintaan terlalu tinggi dan buat masa sekarang jualan ayam kampung asli hanya berkisar di pasar-pasar basah di sekitar Gopeng dan Batu Gajah dan lain-lain kawasan sekitar daerah penternakan ayam asli.
Lebih menarik masyarakat Cina amat berminat dengan ayam kampung asli ini yang terkenal dengan kenakan khasiat dagingnya.
Pemasaran akan datang :-
( 2017 - 3000-5000 ekor hasil penternakan PPUK )
Melantik pemasaran Unggas hasil ternak ahli PPUK di beberapa lagi Pasar Basah sekitar Perak.( Sejuk Beku dan siap proses akan di perkenalkan berperingkat-peringkat )
Membuka dan melantik pemasaran di Kuala Lumpur ( Cawangan PPUK bgh Jualan & pemasaran ) ( Sejuk Beku,siap proses & ternakan Hidup ) yang di ketuai oleh Pengerusi PPUK En. Zulkifli.
Membuka Bisnis makanan secara kecil-kecilan ( Mengunakan Lori Penjaja bergerak )
Jika anda di luar sana melihat formula ini boleh memberi keuntungan dalam jangka pendek dan jangka panjang kepada penternak yang berskala kecil dan besar, marilah bersama kami untuk menterjemahkan usaha kami dari fantasi kepada realiti.
Bagi mereka yang telah lama menceburi diri dalam bidang penternakan ini dan sudah berjaya, kami juga berharab kalian dapat membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada kami yang baru bermula ini.Marilah kita sama-sama mewujudkan aktiviti dan peluang perniagaan setempat untuk saudara-saudara kita.
PEPATAH CINA
' Guru Membuka Pintu, Tapi Anda yang Masuk Sendiri "
Secara purata ahli-ahli PPUK menternak unggas secara berkurung ( pagar/jaring ) dengan keluasan yang terbatas. Oleh itu mereka di nasihat untuk membuat langkah langkah penjagaan dan kebersihan di kawasan dalam kandang secara berkala yang tetap.
Walau penternakan ayam kampung asli PPUK tidak mengamalkan apa juga suntikan atau lain perubatan moden, tetapi tempat tinggal mereka perlu dijaga kebersihan dengan semburan EM dan sekeliling kandang di tabur dengan kapur dan garam bagi meneutrialkan tanah dan membasmi hama, kuman dari terus membiak.
Ternakan secara berkurung Ahli PPUK
1
2
3
4
Pengunaan tanah pasir juga untuk di tambak di dalam kandang ternakan kerana setiap kali hujan semua najis akan mendap ke bawah pasir dan air hujan akan secara semulajadi akan membersihkan permukaan tanah pasir.
Menambak Pasir ke dalam Kandang ternakan
Pengunaan EM -Effective Microorganism (secara semburan )
EM - untuk penternakan •■ Mengurangkan bau busuk dalam kandang ternakan dan kolam kumbahan •■ Mengurangkan lalat, kutu dan serangga lain yang merbahaya •■ Meningkatkan kesihatan haiwan ternakan •■ Mengurangkan tekanan pada haiwan •■ Meningkatkan ketahanan kepada penyakit •■ Meningkatkan kualiti produk ternakan •■ Memanjangkan hayat di pasaran •■ Memperbaiki kesuburan •■ EM apabila dijadikan makanan haiwan akan menghasilkan najis yang berkualiti •■ Mengurangkan penggunaan ubatan, antibiotik dan penyah kuman dalam ladang ternakan •■ Mengurangkan stress/tekanan kepada haiwan ternakan, pekerja dan penduduk sekitar
Lebih kurang 80% ahli-ahli PPUK menternak Ayam Kampung Asli, di sini kami ingin menegaskan pemakanan ternakan ayam kampung Asli PPUK tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber dedak sahaja. Sebagai man yang kita maklum harga dedak di pasaran sekarang agak mahal. Rata-rata penternak ayam kampung Asli PPUK yang bersaiz kecil dan menternak boleh di anggap sebagai satu perkara kerana minat atau baru cuba menternak sebagai salah satu sumber untuk menjana pendapatan sampingan. Oleh itu sudah pasti pemberian dedak bukanlah satu keutamaan untuk ternakan mereka, di tambah pula pelbagai sumber percuma atau kos yang minimum jika menternak di kawasan kampung-kampung. Masyarakat melayu menternak secara lepas bebas an mencari makan sendiri cuma di pagi dan di petang hari sahaja mereka akan memberi ayam mereka beras atau gandung.
(Lihat gambar yang di lampirkan )
( cara penternakan tradisional melayu dahulu )
( gambar Hiasan )
Walau pun cara penternakan Kormesial PPUK adalah secara ternakan berkurung (jaring/pagar), ternakan kami tetap juga mengekalkan tradisi lama untuk kualiti daging dan khasiatnya ayam kampung asli PPUK.
( Lihat Gambar beberapa lokasi ladang ternakkan Ahli PPUK ).
Daunan & sayuran
Sagu
Kelapa
Beras dan gandum Sambungan Akan datang- Kandang Ayam Berkurung /Resiko/cara pencegahan