Jumaat, 13 November 2015

MENJANA PENDAPATAN MELALUI PENTERNAKAN


Singapura 1950-an


Menternak secara bersistem bermula dari telur hingga kepada anak unggas berumur 3 minggu amat penting untuk penternak yang kekurangan baka dan juga kekurangan ruang tanah penternakan.
Oleh itu PPUK cuba mengalakkan dan perkenalankan penternakan secara kormesial kepada ahli-ahli PPUK yang baru menyertai atau baru hendak bermula dalam bidang penternakan.


Tempat Bertelur

Penyediaan tempat bertelur yang selesa untuk ibu ayam bertelur. Cara begini akan memudahkan penternak mengutip hasil telur setiap hari atau mingguan dan di masukkan kedalam inkubator. Keselamatan telur dari segala binatang juga senang di pantau dan di atasi ( mengunakan jaring menutupi tempat ayam bertelur )


1 bahagian ruang bertelur di tutupi jaring hanya 1 pintu khas buat ibu ayam yang boleh keluar masuk.
( Mengatasi monyet dan lain-lain haiwan dari mencuri telur ayam )


Penetasan Mengunakan Mesin Penetas

Di sini PPUK mengakui pihak kami kekurangan benih Unggas untuk di edarkan kepada setiap ahli kami, dan lebih malang kebanyakkan penternak di dalam PPUK ramai yang tidak mempunyai Inkubator telur ini.




( Box Brooder Lamp )
Sistem Kandang/ Peti berlampu untuk anak ayam 
yang berusia 1-3 minggu

Kenapa hendak berlampu? jawapannya sangat mudah. Kita dari awal tadi mengutip telur dari tempat ibu ayam bertelur. Anak unggas(ayam) memerlukan kepanasan agar tidak mati kesejukan di siang atau di malam hari. Lampu bersuhu 35'C adalah sebagai penganti kepada si ibu unggas tadi. 
Sementara si ibu ayam akan kembali bertelur dalam jangka masa 2-3 minggu. 
( Masa untuk mengeram 26 hari, membela anak hingga usia sebulan dapat kita jimatkan )

Penternak di galakkan membina Brooder anak unggas di satu kawasan dengan inkubator. Jika semua ini di dalam 1 kawasan senang di uruskan kerana pelbagai peringkat usia dan bilangan anak unggas di pisahkan dan di pindahkan ke brooder sebelahan. 

Contoh peti Brooder :-
( Bina brooder mengikut usia yang berkapasiti 50 ekor  )
Brooder A    : 1- 7 hari    - 50 ekor
Brooder B    : 7- 14 hari  - 50 ekor ( Ruang besarkan sedikit dari Brooder A )
Kandang C  : 14-21 hari - 50 ekor ( Ruang di besarkan lagi dari Brooder B )
( Jika berkemampuan, ruang besar boleh bina brooder hingga berkapasiti 1000 ekor )

Selepas 21 hari anak ayam boleh di pindahkan ke kandang utama, namun kami mengalak agar di juga diberi 1 ruang untuk anak-anak ayam pelbagai peringkat di kandang utama ( pisahkan dengan pembaka ). Tujuannya dibuat begitu bagi mudah untuk kita memberi makanan(pembesaran sekata ), keselamatan untuk anak ayam dan paling penting memudahkan kerja kita untuk memberi vaksin atau apa-apa kaitan tentang kesihatan anak ayam kita.  
Nota:-
Jika kita buat cara ini selepas 6 bulan kita akan menuai hasil sebanyak 50 ekor x $20.00 =$1000.00 seminggu, Sebulan pendapat kasar kita $ 4000.00. Ini jika kita hanya menternak sebanyak 50 ekor sahaja jika 1000 ekor seminggu hasilnya sudah pasti berlipat kali ganda.






contoh anak ayam selepas 21 hari dan baru di masukkan kekandang utama (  tingkat atas )


Penjualan Benih anak ayam kampung asli
Buat masa ini penjualan benih dan telur anak ayam kampung asli hanya antara sesama ahli lagi. Stok bekalan anak ayam kampung terlalu kurang untuk di jual kepada orang luar atau pemasar-pemasar luar.


Pemasaran Ternakan Ayam Kampung Asli

Permintaan terlalu tinggi dan buat masa sekarang jualan ayam kampung asli hanya berkisar di pasar-pasar basah di sekitar Gopeng dan Batu Gajah dan lain-lain kawasan sekitar daerah penternakan ayam asli.
Lebih menarik masyarakat Cina amat berminat dengan ayam kampung asli ini yang terkenal dengan kenakan khasiat dagingnya.



Pemasaran akan datang :-
( 2017 - 3000-5000 ekor hasil penternakan PPUK )


  • Melantik pemasaran Unggas hasil ternak ahli PPUK di beberapa lagi Pasar Basah sekitar Perak.( Sejuk Beku dan siap proses akan di perkenalkan berperingkat-peringkat )
  •  Membuka dan melantik pemasaran di Kuala Lumpur ( Cawangan PPUK bgh Jualan & pemasaran )  ( Sejuk Beku,siap proses & ternakan Hidup ) yang di ketuai oleh Pengerusi PPUK En. Zulkifli.
  •  Membuka Bisnis makanan secara kecil-kecilan ( Mengunakan Lori Penjaja bergerak )

Jika anda di luar sana melihat formula ini boleh memberi keuntungan dalam jangka pendek dan jangka panjang kepada penternak yang berskala kecil dan besar, marilah bersama kami untuk menterjemahkan usaha kami dari fantasi kepada realiti.
Bagi mereka yang telah lama menceburi diri dalam bidang penternakan ini dan sudah berjaya, kami juga berharab kalian dapat membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada kami yang baru bermula ini.Marilah kita sama-sama mewujudkan aktiviti dan peluang perniagaan setempat untuk saudara-saudara kita.    

PEPATAH CINA

' Guru Membuka Pintu, Tapi Anda yang Masuk Sendiri " 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.