Isnin, 9 November 2015

Kandang Penternakan PPUK


Ayam British ( 1933 )



Secara purata ahli-ahli PPUK menternak unggas secara berkurung ( pagar/jaring ) dengan keluasan yang terbatas. Oleh itu mereka di nasihat untuk membuat langkah langkah penjagaan dan kebersihan di kawasan dalam kandang secara berkala yang tetap. 
Walau penternakan ayam kampung asli PPUK tidak mengamalkan apa juga suntikan atau lain perubatan moden, tetapi tempat tinggal mereka perlu dijaga kebersihan dengan semburan EM dan sekeliling kandang di tabur dengan kapur dan garam bagi meneutrialkan tanah dan membasmi hama, kuman dari terus membiak.


Ternakan secara berkurung Ahli PPUK
1

2


4

Pengunaan tanah pasir juga untuk di tambak di dalam kandang ternakan kerana setiap kali hujan semua najis akan mendap ke bawah pasir dan air hujan akan secara semulajadi akan membersihkan permukaan tanah pasir.


Menambak Pasir ke dalam Kandang ternakan








Pengunaan EM -Effective Microorganism (secara semburan )




EM - untuk penternakan 

•■ Mengurangkan bau busuk dalam kandang ternakan dan kolam kumbahan 
•■ Mengurangkan lalat, kutu dan serangga lain yang merbahaya 
•■ Meningkatkan kesihatan haiwan ternakan 
•■ Mengurangkan tekanan pada haiwan 
•■ Meningkatkan ketahanan kepada penyakit 
•■ Meningkatkan kualiti produk ternakan 
•■ Memanjangkan hayat di pasaran 
•■ Memperbaiki kesuburan 
•■ EM apabila dijadikan makanan haiwan akan menghasilkan najis yang berkualiti 
•■ Mengurangkan penggunaan ubatan, antibiotik dan penyah kuman dalam ladang ternakan •■ Mengurangkan stress/tekanan kepada haiwan ternakan, pekerja dan penduduk sekitar 

Apa Maksud EM?
Effective Microorgaism ( Sila Klik di sini )

PEPATAH MELAYU
"Alah Bisa, Tegal Biasa "

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.