Memaparkan catatan dengan label Jabatan Vaterinar Negeri Perak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Jabatan Vaterinar Negeri Perak. Papar semua catatan

Sabtu, 21 Mei 2016

Penerima Program Bantuan JOM Bertani

Program ‘Jom Bertani' adalah merupakan program sosio-ekonomi yang dirancang khusus untuk memenuhi keperluan bahan makanan dan mengurangkan kos sara hidup rakyat Malaysia di samping untuk mengurangkan import bekalan makanan dari luar Negara.

Keutamaan penanaman dikawasan sekeliling rumah, kawasan awam seperti sekolah, masjid, tanah rezab kerajaan dengan kebenaran bertulis daripada pihak berkenaan, kawasan tanah terbiar dan tanah yang sesuai. Untuk lebih penerangan tentang Program Jom Bertani sila klik link dibawah 

Seramai 32 Ahli PPUK menerima Bantuan di bawah Program Jom Bertani untuk tahun 2016.
Bantuan di bawah Profram Jom Bertani iaitu sebanyak RM 1000.00 yang berbentuk 50 ekor Anak benih Ayam Kampung, peralatan peternakan, makanan ternakan dan ubat ubatan.




Lawatan Mengejut Pengerusi dan Setiausaha PPUK ke beberapa reban ternakan untuk ahli-ahli PPUK yang menerima Bantuan Program Jom Bertani. Tujuan lawatan ini adalah memastikan setiap bantuan yang di salurkan oleh Kerajaan Malaysia akan memberi manfaat kepada penerima dan pemberi. Hasil tinjauan pihak kami tiada penyelewangan berlaku dan beberapa gambar kami sertakan untuk memperkukuhkan hujah tersebut.  
 Ladang  ternakan En. Sharul di Batu 3, zon Batu Gajah.

 Ladang ternakan En. Nazri di Batu 8, Zon Batu Gajah.

 Ladang Ternakan di kampung Tg. Karang, Zon Malim Nawar.

 Ladang ternakan En. Joe Naim Kg. Tualang Sekah, Zon Malim Nawar.

Ladang Ternakan En. Hafizul Kg Jahang, Zon Gopeng.


PPUK amat berterima kasih kepada JPV Kinta dan Jabatan Pertanian kerana memberi perhatian dan bantuan kepada ahli-ahli kami. Justeru itu kami berjanji akan memastikan setiap bantuan, galakan serta sokongan dari pihak kerajaan akan kami pastikan sampai kepada golongan sasar dan memastikan kelancarannya.

PEPATAH MELAYU
" Kalau Pandai Menggulai, badar pun menjadi tenggiri "

Jumaat, 1 April 2016

Kursus In-Situ Pengurusan Ayam kampung ( Bgh 2 )


 Bahagian ke 2 Kursus In-Situ Ayam Kampung adalah sebahagian gambar-gambar semasa 
di hari Kursus I-SPAK 2016 berlangsung di Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Itik.


SESI KURSUS DI LANGSUNGKAN





Kursus I-SPAK 2016 yang di sertai pelbagai usia dan masyarat tetapi pasti kursus kali ini adalah yang pertama kali di anjurkan di sekitar Gopeng.


 Kursus I-SPAK 2016 mendapat sambutan sungguh mengalakkan, pencarian peserta kursus pihak PPUK  cuma mengambil masa selama 4 hari untuk memenuhi kuota 80 orang yang diberikan pihak JPV Negeri Perak. Jika di nilai sambutan ini sudag semestinya sektor penternakan ayam kampung mempunyai harapan cerah untuk di pertingkat dari masa ke semasa.


 En. Azhar Abdul Malik iaitu Pen. Pegawai JPV Kinta dan juga merangkap Pengurus Projek PPUK. Kursus kali ini adalah di bawah seliaan, arahan, dan idea beliau sendiri, kami mewakili ahli-ahli PPUK dan juga penternak Kinta amat berasa bangga mempunyai seorang Pegawai JPV yang sentiasa selalu turun padang di sekitar kawasan kami.




SESI PENYAMPAIAN SIJIL PENYERTAAN KURSUS I-SPAK 2016



 Pn Noraini ( Setiausaha 2 PPUK )

 En Shamsuddin ( Tim. Pengerusi PPUK )



Terima Kasih kepada semua yang terlibat untuk menjayakan Kursus I-STAK 2016, 


PEPATAH MELAYU
" Condong akan menongkat, rebah akan menegak "

Selasa, 15 Mac 2016

Krusus In-Situ Pengurusan Ayam Kampung ( Bgh 1 )

Pihak Jabatan Pengurusan Veterinar Negeri Perak telah memberi peluang dan ruang kepada 
Persatuan Penternak Unggas Kinta bekerjasama  menganjurkan Kursus I-SPAK 2016.
Kerjasama ini telah membuahkan hasil yang sangat mengalakkan dari segi sambutan masyarakat untuk kursus kali ini, kami di fahamkan peserta yang hadir dari sekitar Daerah Kinta, beberapa daerah di negeri Perak serta dari beberapa negeri dari Utara Malaysia seperti kedah, Pulau Pinang dan Perlis. Jumlah Peserta keseluruhan melebihi angka 100 peserta yang hadir menjayakan Kursus ini.


Oleh itu kami percaya masa depan penternakan ayam kampung akan terus maju dengan adanya galakan serta bantuan dari Pihak JPV Kinta mahu pun JPV Negeri Perak. Bagi Pihak PPUK kami amat berbesar hati membantu dan menjadi sebahagian watak untuk menjayakan aktivi-aktivi yang 
di anjurkan JPV Negeri Perak.

PERSIAPAN SEBELUM KURSUS I-SPAK

Beberapa AJK PPUK membuat persiapan awal untuk persediaan Kursus I-STAK 2016.








SESI PENDAFTARAN KURSUS I-STAK 2016







 Orang lama Jabatan Kastam, En Dzul ( Ahli PPUK )


Sesi pendastaran di kuanter JPV 





 Kuanter PPUK 




Sebahagian Ahli-ahli PPUK yang Purata masih dari golongan belia dan muda.


Sambungan

sila klik link biru di bawah:-

kursus-in-situ-pengurusan-ayam-kampung bhg 2



PEPATAH MELAYU
" Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah "





Isnin, 18 Januari 2016

Lawatan Jabatan Vaterinar Negeri Perak Ke PPUK

  Lawatan Mengejut oleh En Zubir dari Jabatan Vaterinar Negeri Perak ke beberapa Ladang ternakan sekitar Gopeng, Kota Bharu, Malim Nawar, Tanjung Tualang, Air Tawar pada 18 dan 19 Januari 2016.
Lawatan tersebut adalah kerana tidak kurang 10 ahli dari PPUK telah meminta bantuan Inqubator ( Mesin penetas telur ) dan mesin memproses ayam. dari pihak Jabatan Vaterinar Negeri Perak.

Ralat:-
Semua Gambar hanya semasa lawatan di sekitar Gopeng sahaja.


 

Jadual Krusus Dari Jabatan Vaterinar Negeri Perak untuk tahun 2016

Borang Krusus Dari Jabatan Vaterinar



PEPATAH MELAYU
" Ayam berinduk, sirih berjunjung "