Isnin, 15 Februari 2016

MESYUARAT KE 5 PPUK


Pada 31 Januari 2016 telah mengadakan mesyuarat kali ke 5, di Kampung Batu 1, Malim Nawar, Perak.
Mesyuarat kali ini bertambah seri lagi dengan kedatangan Penguruh Projek Persatuan Penternak Unggas Kinta iaitu En. Azahar Bin Abdul Malek ( Pen. Pegawai Jabatan Vaterinar Daerah Kampar )

Pelbagai isu semasa di bincangkan bersama dan salah satu berita terbaik ialah pihak Jabatan Vaterinar Kinta & Perak memberi kepercayaan kepada pihak Persatuan untuk menganjurkan satu kursus Penternakan di bawah kelolaan bersama antara PPUK dan JVD Kinta. Kursus IN-SITU Pengurusan Ternakan Ayam Kampung pada 10/3/2016 yang akan berlangsung di Dewan Orang Ramai, Kampung Sungai Itik.






En. Azahar memberi sedikit taklimat dan nasihat kepada Ahli-ahli PPUK.

Pepatah Melayu
" Condong ditumpil, lemah dianduh "