Sabtu, 21 Mei 2016

Penerima Program Bantuan JOM Bertani

Program ‘Jom Bertani' adalah merupakan program sosio-ekonomi yang dirancang khusus untuk memenuhi keperluan bahan makanan dan mengurangkan kos sara hidup rakyat Malaysia di samping untuk mengurangkan import bekalan makanan dari luar Negara.

Keutamaan penanaman dikawasan sekeliling rumah, kawasan awam seperti sekolah, masjid, tanah rezab kerajaan dengan kebenaran bertulis daripada pihak berkenaan, kawasan tanah terbiar dan tanah yang sesuai. Untuk lebih penerangan tentang Program Jom Bertani sila klik link dibawah 

Seramai 32 Ahli PPUK menerima Bantuan di bawah Program Jom Bertani untuk tahun 2016.
Bantuan di bawah Profram Jom Bertani iaitu sebanyak RM 1000.00 yang berbentuk 50 ekor Anak benih Ayam Kampung, peralatan peternakan, makanan ternakan dan ubat ubatan.




Lawatan Mengejut Pengerusi dan Setiausaha PPUK ke beberapa reban ternakan untuk ahli-ahli PPUK yang menerima Bantuan Program Jom Bertani. Tujuan lawatan ini adalah memastikan setiap bantuan yang di salurkan oleh Kerajaan Malaysia akan memberi manfaat kepada penerima dan pemberi. Hasil tinjauan pihak kami tiada penyelewangan berlaku dan beberapa gambar kami sertakan untuk memperkukuhkan hujah tersebut.  
 Ladang  ternakan En. Sharul di Batu 3, zon Batu Gajah.

 Ladang ternakan En. Nazri di Batu 8, Zon Batu Gajah.

 Ladang Ternakan di kampung Tg. Karang, Zon Malim Nawar.

 Ladang ternakan En. Joe Naim Kg. Tualang Sekah, Zon Malim Nawar.

Ladang Ternakan En. Hafizul Kg Jahang, Zon Gopeng.


PPUK amat berterima kasih kepada JPV Kinta dan Jabatan Pertanian kerana memberi perhatian dan bantuan kepada ahli-ahli kami. Justeru itu kami berjanji akan memastikan setiap bantuan, galakan serta sokongan dari pihak kerajaan akan kami pastikan sampai kepada golongan sasar dan memastikan kelancarannya.

PEPATAH MELAYU
" Kalau Pandai Menggulai, badar pun menjadi tenggiri "